Sunday, October 9, 2011

KEJADIAN DAN KESYUKURAN

Syukur ALHAMDULILLAH...Aku panjatkan syukur ke hadrat ILLAHI kerana aku masih hidup di dunia ini dah masih di curahkan rezeki yang tiada ternilai bagiku. Syukur kerana fikiranku masih waras dan masih boleh berfikir mencari idea dan jalan menyelesaikan segala permasalahan kehidupan ini. Syukur kerana masih ada kerjaya dan antara paling membuat aku rasa di rahmati ALLAH adalah kehadiran isteri yang amat di sayangi dan dicintai yang setia disamping aku. Syukur juga atas limpah dan kurniaan ALLAH S.W.T kerana isteriku telah disahkan mengandung dan kini kandungan tersebut telah berusia 4 bulan. Maka INSYAALLAH hidup aku dengan isteri akan lebih bermakna dan berseri - seri. Mudah mudahan lebih banyak rezeki yang akan menyusul selepas ini. Semoga kami akan terus dilimpahi dengan rezeki dan nikmat dan juga semoga kami akan terus bahagia. INSYAALLAH... Amin...

No comments: