ILMU DAN AMAL
MENANG.KALAH.HIDUP.MATI.ISLAM TETAP ISLAM
Monday, May 28, 2012
HARI INI
Selamat datang ke hari ini. Hari yang segalanya kian mencabar. Persiapkan diri agar cabaran dihadapi dengan redha dan diselesaikan menggunakan iman dan ilmu. Diri mesti diisi dengan bekalan secukupnya. Limpahan keseronokan dan angin yang melalaikan wajib dijauhi. Tekanan dijawab dengan iman. Berjalan di garisan yang benar. Gunakan akal dan iman bagi mencari bekalan ke dunia yang abadi. Selamatkan diri dengan sifir ilmu dan iman yang sejati. Dambakan diri pada YANG HAKIKI.
Thursday, November 3, 2011
Kawan
Kawan... Apabila berbicara tentang kawan perkara yang paling di kenang adalah memori yang tersimpan dalam fikiran dan hati. Memori tentang kenangan indah, lucu dan kadangkala pahit yang tidak mahu dikenang. Semuanya yang berlaku ketika bersama - sama menempuhi dugaan dan cubaan. Senyum dan tawa serta suka dan duka yang dilalui bersama. Walau ada berbagai - bagai jenis kawan di dunia kawan tetap akan ada tempat dihati. Semoga kawan - kawan semua bahagia. INSYAALLAH..
Sunday, October 16, 2011
MONDAY BLUES
Isnin datang lagi... hahaha.. pening kepala nak kerja, report semua outstanding.."monday blues" memang kadang - kadang baru masuk pukul 10 dah rasa macam nak balik. haha pening. pening dan pening
Monday, October 10, 2011
MANFAATKAN MASA
"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga."
Source : http://usim.edu.my
Source : http://usim.edu.my
Sunday, October 9, 2011
KATA - KATA HIKMAH UNTUK KEHIDUPAN
Life is a struggle, and ultimate victory is only decided in its final chapter. Those who keep pressing onward toward a goal with tireless patience and persistence win in the end.
Source : http://www.ikedaquotes.org
Source : http://www.ikedaquotes.org
KEJADIAN DAN KESYUKURAN
Syukur ALHAMDULILLAH...Aku panjatkan syukur ke hadrat ILLAHI kerana aku masih hidup di dunia ini dah masih di curahkan rezeki yang tiada ternilai bagiku. Syukur kerana fikiranku masih waras dan masih boleh berfikir mencari idea dan jalan menyelesaikan segala permasalahan kehidupan ini. Syukur kerana masih ada kerjaya dan antara paling membuat aku rasa di rahmati ALLAH adalah kehadiran isteri yang amat di sayangi dan dicintai yang setia disamping aku. Syukur juga atas limpah dan kurniaan ALLAH S.W.T kerana isteriku telah disahkan mengandung dan kini kandungan tersebut telah berusia 4 bulan. Maka INSYAALLAH hidup aku dengan isteri akan lebih bermakna dan berseri - seri. Mudah mudahan lebih banyak rezeki yang akan menyusul selepas ini. Semoga kami akan terus dilimpahi dengan rezeki dan nikmat dan juga semoga kami akan terus bahagia. INSYAALLAH... Amin...
Friday, October 7, 2011
SESUDAH ITU..
Lama dah tak blogging. Hmm bila nak menaip dan mencari idea untuk dijadikan bahan dah pening - pening kepala aku. Mana nak mula ni ARRRRRR!!!!!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)